- Country: Malaysia
Hong Wan ganti Arif Aiman, benteng Harimau Malaya dirombak
JAKARTA: Selepas membelasah Singapura 6-0, pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melakukan percaturan berani apabila merombak benteng serta mengubah jentera tengah bagi aksi penentuan tempat ketiga menentang Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini, petang ini.